Selasa, 17 November 2009

TIGA GOLONGAN AWAL KE NERAKA

TIGA GOLONGAN AWAL KE NERAKA
Pesan:
Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.
Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T
ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.
"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"
Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

9 MIMPI RASULULLAH S.A.W

9 MIMPI RASULULLAH S.A.W
Pesan:
NABI MUHAMMAD SAW bersabda:" sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di israqkan....
1.AKU telah melihat seorang dari umatku telah didatangi mala'ikatul maut dengan keadaan yang amat mengerunkun untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatanya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2.AKU melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3.AKU melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni syaitan-syaitan dan iblis laknatullah,maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4.AKU melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5.AKU melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi pahala PUASA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia rasa puas.
6.AKU melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpulan,setiap kali dia akan diusir,maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulan seraya duduk di sebelahku.
7.AKU melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang menderang.
8.AKU melihat umatku cuba berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara dengannya.
9.AKU melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAH YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH S.A.W..,ERTINYA:
" sampaikanlah pesananku kepada umatku walaupun dengan sepotong ayat "

JAMINAN SYURGA JIKA DIRI BEBAS PERASAN HASAD,IRI HATI

JAMINAN SYURGA JIKA DRI BEBAS PERASAN HASAD,IRI HATI...
Pesan:
ANAS bin Malik berkata, kami berada di dalam masjid bersama Nabi SAW, tiba-tiba Baginda bersabda, "Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua-dua sandalnya dengan tangan kirinya". Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabda Nabi itu. Sesudah memberi salam ia duduk bersama kami.
Kemudian esok harinya, Rasulullah SAW bersabda sama seperti sebelumnya. Masuk lelaki berkenaan dan hari ketiga Nabi SAW bersabda dan peristiwa sama berulang. Ketika lelaki itu bangun untuk pulang, Abdullah bin Amr Al-ash mengekorinya sambil berkata, "Terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan bertemunya selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam di tempatmu selama tempoh berkenaan. Jawabnya, " Baiklah".
Anas berkata, " Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam di tempat lelaki itu dan ternyata orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar, dan jika berwuduk sempurna dan juga sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunat. Itu yang saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam tidak lebih dari itu, dan ia tidak berkata-kata kecuali yang baik".
"Setelah tiga malam saya berasa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan berkata kepadanya, "Sebenarnya antaraku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya mendengar Rasulullah SAW bersabda dalam tiga hari majlis berturut-turut. "Akan tiba padamu seorang ahli syurga". Tiba-tiba engkau yang datang, kerana itu, "Saya ingin mengetahui apa amalmu dan saya berusaha bermalam di tempatmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan". "Apakah yang engkau lakukan sehingga menyebabkan Nabi SAW bersabda sedemikian"? Jawabnya: "Tidak ada melainkan apa yang sudah engkau lihat". Maka aku meninggalkannya, tetapi dipanggil dan berkata, "Amalku tidak lebih melainkan apa yang sudah engkau saksikan itu, namun saya tidak iri hati atau dengki pada seseorang Muslim terhadap segala yang ia mendapatnya". Saya berkata, " Inilah yang dilakukan engkau sehingga Nabi SAW bersabda sedemikian dan itulah yang tidak dapat kami laksanakan". - Sumber Abullaits Assamarqandi, Tanbihul Ghafilin.

TANDA-TANDA KEMATIAN

TANDA-TANDA KEMATIAN
Pesan:
BACALAH....mati tak tahu bila...adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud.cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
" TANDA 100 HARI SEBELUM MATI "
....ini adalah tanda pertama dari allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.walaubagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sengaja.tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu asar.seluryh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.contohnya seperti seperti daging lembu yang baru sahaj disembelih: jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.tanda ini baik bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini,bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
" TANDA 40 HARI SEBELUM MATI "
....tanda ini juga berlaku sesudah waktu asar.bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletekkan diatas arash allah swt.maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan menjadi binggung seketika.adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
" TANDA 7 HARI "
....adapun tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk mereka.
" TANDA 3 HARI "
....pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.
" TANDA 1 HARI "
.....akan berlaku sesudah waktu asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar esoknya.
" TANDA AKHIR "
...akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula.........
" APA YANG BAIK DAN BENAR ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT DAN APA YANG SALAH DAN SILAP ITU ADALAH DARI KELEMAHAN MANUSIA ITU SENDIRI "
WALLAHU A'LAM

RAHASIA SEMBAHYANG

RAHASIA SEMBAHYANG
Pesan:
1.NIAT SEMBAHYANG
sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2.BERDIRI BETUL.
fadilatnya,ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.TAKBIR RATUL IHRAM.
fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur.
4.FATIHAH
fadilatnya sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5.RUKUK
sebagai tikar ketika di dalam kubur.
6.I'TIDAL
akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
7.SUJUD
memagar kita ketika menyeberangi titisan SIROTOL MUSTAQIM.
8.DUDUK ANTAR DUA SUJUD
akan menaung panji-panji nabi mita di dalam kubur.
9.DUDUK ANTAR DUA SUJUD (AKHIR)
menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar.
10.TAHHIYAT AKHIR
sebagai penjawab bagi soalan yang di kemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur.
11.SELAWAT NABI
sebagai pendinding api neraka dalam kubur
12.SALAM
memelihara kita dalam kubur
13.TERTIB
akan pertemuan kita dengan ALLAH S.W.T
wallahu a'lam